Friday, July 29, 2011

Kaneh



Aku yang berumur 7 tahun adalah seorang budak yang nakal..orang kg panggil aku kaneh..xde maksud yang jelas..mungkin ringkasan dari nama sebenar aku yang bunyinya cuba dimanjakan..port rahsia aku ketika itu adalah dibelakang rumah wan.. xde la rahsia sangat sebab sepupu aku pon dok lepak situ jgk setiap hari minggu..tapi tempat tu sinonim ngan aku sbb kalau wan aku nak kejar aku semistinya dia check tempat tu dulu.. antara sebab2 untuk dia kejar aku antaranya adalah :mencuri pisau dan menzalimi seekor ayam...

Belakang rumah wan, seiingat aku adalah sebuah tempat yang magikal. Suasananya agak suram tapi kalerful.. penuh dengan herba2 dan pokok mangosteen.. tanahnya sejuk..membuatkan aku selalu berkaki ayam..kadang2 aku akan menghidupkan api untuk menghalau nyamuk.. dan musim buah adalah musim untuk menjadi tupai..cendawan-cendawan putih juga akan tumbuh diatas busut dan tanah selepas hujan disebelah malam.

2 comments: